Sunday, December 20, 2009

Aktiviti KSKP Minggu Ini

24 Disember 2009
Tarikh Tutup menghantar borang Pinjaman Persekolahan KSKP

25 Disember 2009
- Pertandingan Badminton Bergu Lelaki dan Wanita 9.00am
- Pertandingan Sukan Dalaman 2.00 pm

**Keterangan lanjut, sila lihat Post di bawah...

Penubuhan Pasukan Paintball KSKP

KSKP akan menubuhkan pasukan Paintball KSKP mulai Januari 2010. Kepada ahli yang berminat sila hubungi En Zaidee Daut untuk keterangan lanjut.

Hanya ahli yang terawal mendaftar dan sanggup memberikan komitmen sahaja yang akan diberikan keutamaan menyertai pasukan ini.

Terima Kasih

Wednesday, December 16, 2009

Pertandingan Bowling KSKP pada 18 Disember 2009 (Esok)

Kategori : Pertandingan Bowling (Bergu)
Tarikh: 18 Disember 2009 (Esok)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: MIBC, Ayer Keroh

- Setiap pasukan terdiri daripada 1 lelaki dan 1 wanita
- Setiap peserta akan membuat 10 balingan.
- Yuran penyertaan RM5.00 akan dikenakan kepada setiap peserta
- Undian pasangan akan dijalankan pada hari pertandingan
- Sekiranya terdapat persamaan markah, pemenang akan ditentukan melalui balingan "Strike" yang terbanyak

Johan - RM30.00
Naib Johan RM20.00
Ketiga RM15.00
Keempat RM10.00

Sukan Dalaman KSKP pada 25 Disember 2009

Sukan Dalaman KSKP akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 25 Disember 2009
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna PERPUSTAM

Acara yang akan dijalankan ialah:

1)Karom Berpasukan Lelaki dan Wanita
2)Congkak Wanita

Kepada ahli yang ingin menyertai pertandingan Sukan Dalaman ini, boleh mendapatkan borang di PERPUSTAM Bukit Baru.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM2.00

Tarikh tutup penyertaaan ialah pada 22 Disember 2009

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Ridzuan Zaman dan En Aziz Md Yusof (Media) pada waktu kerja.

Wednesday, December 9, 2009

KUIZ KENEGARAAN & KUIZ AGAMA

Sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan Jabatan yang akan diadakan pada 15 Disember ini, Biro Publisiti dan Biro Agama akan mengadakan Kuiz Kenegaraan dan Kuiz Agama. Yuran penyertaan bagi setiap kuiz ialah RM2.00 sahaja. Hadiah untuk setiap kategori kuiz adalah seperti berikut:

Johan: Wang Tunai RM50.00
Nain Johan: Wang Tunai RM40.00
Ketiga: Wang Tunai RM30.00
Saguhati: Wang tunai RM10.00 X 5 orang

Kepada yang berminat untuk menyertai Kuiz Kenegaraan, sila hubungi Biro Publisiti (En Zaidee / En Yazid) dan biro Agama (En Sharizal / Puan suriah Mohamed (PNM) )

Monday, December 7, 2009

PINJAMAN PERSEKOLAHAN SESI 2010

KSKP akan mula membuka permohonan pinjaman persekolahan sesi 2010 mulai 7 Disember 2010

Setiap pinjaman hanya dibenarkan sebanyak RM200.00 dan hanya 25 ahli yang menghantar borang permohonan awal akan diberi keutamaan.

Bayaran balik akan dibuat 4 kali potongan gaji bermula pada Januari 2010 hingga April 2010.

Tarikh tutup permohonan pinjaman ini ialah pada 24 Disember 2009.

Sebarang pertanyaan dan borang pinjaman boleh didapati daripada Bendahari KSKP dan di Bahagian Kaunter Pertanyaan dan Pendaftaran di Lobi.

Friday, December 4, 2009

Pertandingan Bowling KSKP 18 Disember 2009

Kategori : Pertandingan Bowling (Bergu)
Tarikh: 18 Disember 2009
Masa: 10.00 pagi
Tempat: MIBC, Ayer Keroh

- Setiap pasukan terdiri daripada 1 lelaki dan 1 wanita
- Setiap peserta akan membuat 10 balingan.
- Yuran penyertaan RM5.00 akan dikenakan kepada setiap peserta
- Undian pasangan akan dijalankan pada hari pertandingan
- Sekiranya erdapat persamaan markah, pemenang akan ditentukan melalui balingan "Strike" yang terbanyak

Johan - RM30.00
Naib Johan RM20.00
Ketiga RM15.00
Keempat RM10.00

Thursday, December 3, 2009

TAHNIAH

Biro Kebajikan KSKP telah mengadakan majlis ziarah ke rumah En Yazid Shah yang telah menimang cahaya mata ketiga pada 16 November 2009. Semoga kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nazneen Batrisyah ini akan memberikan lebih semangat kepada En Yazid untuk bekerja dengan lebih tekun...Tahniah KSKP ucapkan.....

KSKP juga merakamkan ucapan Tahniah kepada En Raifudeen, Pengerusi KSKP dan isteri, Azila yang bertugas di Perpustakaan Pekan Teluk Mas yang selamat menimang cahaya mata kedua pada 26 Nov 2009. Bayi perempuan comel ini diberi nama Rusydina Alya

Saturday, November 28, 2009

Kedai KSKP

Kedai KSKP Corner kini dibuka kepda ahli KSKP serta pengguna perpustakaan yang datang ke perpustakaan negeri. Cetusan idea penubuhan kedai ini datangnya daripada YB Datuk Hj Ab Wahab Ab Latip, Pengerusi PERPUSTAM yang mahukan KSKP menambah jumlah tabungan dengan cara berniaga.

Terletak di tingkat bawah (bawah tangga), pelbagai jenis barangan seperti makanan ringan, minuman serta alatulis ada dijual dengan harga yang berpatutan. Kedai ini dibuka setiap hari waktu perkhidmatan perpustakaan dengan tugas penjagaan dilakukan oleh ahli KSKP sendiri terutama mereka yang bertugas di kaunter pendaftaran

Selamat Pengantin Baru

KSKP mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Setiausaha KSKP, Juwita bte Omar yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan perkahwinannya bersama suami tercinta Mohd Najib bin Mashkor di 22, Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama, 75450 Melaka, hari ini, 29 November 2009.

KSKP juga mengucapkan semoga kedua pasangan ini akan hidup bahagia, kekal sehingga ke akhir hayat.

Semoga perkahwinan ini juga akan dapat memberikan satu semangat baru kepada Setiausaha KSKP selepas menempuh alam berumahtangga........TAHNIAH dari Kami di KSKP...!!!!

Wednesday, November 25, 2009

Aktiviti KSKP Bulan Disember 2009

Biro Sukan

Pertandingan Bowling (Bergu)

Tarikh: 18 Disember 2009 Masa: 10.00 pagi Tempat: MIBC, Ayer Keroh

- Setiap pasukan terdiri daripada 1 lelaki dan 1 wanita - Setiap peserta akan membuat 10 balingan. - Yuran penyertaan RM5.00 akan dikenakan kepada setiap peserta - Undian pasangan akan dijalankan pada hari pertandingan - Sekiranya erdapat persamaan markah, pemenang akan ditentukan melalui balingan "Strike" yang terbanyak

Johan - RM30.00 Naib Johan RM20.00 Ketiga RM15.00 Keempat RM10.00

Pertandingan Badminton Bergu Lelaki dan Wanita

Tarikh: 25 Disember 2009 Masa: 9.00 pagi Tempat: Gelanggang Centre Point, Bukit China.

- Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertan RM2.00 - Deposit RM10.00 akan dikenakan kepada setiap peserta - Format pertandingan Liga dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. - Jumlah kiraan mata 21

Johan - RM60.00 + medal Naib johan RM50.00 + medal Ketiga - RM40.00 + Medal

Pinjaman Persekolahan

KSKP ada menyediakan kemudahan pinjaman persekolahan kepada ahli yang mempunyai anak yang bersekolah. Kemudahan pinjaman ini hanya dibuka kepada mereka yang mempunyai anak yang bersekolah di peringkat Pra Sekolah ke atas.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan ialah RM200.00 sahaja. Ahli yang berminat untuk membuat pinjaman ini dikehendaki mendapatkan borang pinjaman daripada Bendahari. Pinjaman ini akan diberikan kepada 25 ahli yang mendaftar awal dengan melengkapkan borang pinjaman. Tempoh bayaran balik ialah 4 kali dengan potong gaji pertama akan bermula pada bulan Januari 2010.

Pinjaman ini hanya akan dibuka mulai 15 Disember 2009 dan tutup pada 25 disember 2009.

Harap Maklum

KSKP Di Facebook...

Kepada Semua Ahli KSKP,

Selain daripada menyediakan Blog, Biro Publisiti dan Penerbitan turut menyediakan Facebook untuk ahli dan bukan ahli....Jadilah ahli Facebook KSKP. Anda hanya perlu menaip di ruangan carian Facebook dengan nama:
kskp perpustam.

Selamat Melayari......

Tuesday, November 24, 2009

Mesyuarat KSKP Bil 3/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Induk KSKP Bil 3/2009akan diadakan pada:

Tarikh: 25 November 2009
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Tuah, PERPUSTAM


Agenda Mesyuarat:
i) Ucapan Pengerusi
iiPengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2009
iii) Perkara Berbangkit
iv) Laporan biro-Biro
v) Hal-Hal Lain
vi) Ucapan Penangguhan

Sehubungan itu, semua AJK KSKP diwajibkan hadir ke mesyuarat ini Terima Kasih.

Sunday, November 15, 2009

Ucapan Takziah

Al-Fatihah.... KSKP mengucapkan Takziah kepada ahli KSKP, Mohd Yusoff bin Ahmad, diatas pemergian bapa tercinta pada 16 November 2009 kerana serangan jantung. Semoga Mohd Yusoff dan ahli keluarga tabah dan bersabar dengan dugaan yang melanda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atras rohnya. Salam Takziah juga diberikan kepada Puan Noli bte Lajis atas pemergian ank beliau yang baru dilahirkan. Amin...

Tuesday, October 6, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

UNIT KOLEKSI MELAKA

En. Zaharin dan Puan Sanisah

Salam Aidilfitri walfaizi.... Maaf Zahir Batin kepada warga kerja PERPUSTAM sempena hari lebaran yang mulia ini mari lah bersama-sama bermaaf-maafan dan hindarilah segala sikap yang dimurkai oleh Allah SWT.

Hari raya yang bahagia buat semua umat islam suasana meriah lagi ceria kunjungilah rumah dan ucapkan salam..

SATUKAN TANGAN DAN SATUKAN HATI BEGITULAH INDAHNYA SILATURAHIM BERSAMA-SAMA KAMI KAKITANGAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN MEMOHON Ampun dan maaf SEANDAINYA ADA :-

- Terkasar bahasa dalam bicara

- Tersilap bicara semasa bersama

- Termarah yang tak kena tempatnya

- Tertanya tak tentu hala..

- Tersasul yang tak sengaja

- Terpekik kuat di telinga

- Terhantuk terketuk di kepala

- Terpinjam terambil harta & benda

- Termoody tak semena-mena

- Terumpat bila ada cerita,

- Termacam-macam yang kena-mengena..

Di hari yang mulia sepuluh jari KAMI hulurkan kepada semua Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada Kerana kami masih bernama manusia Pastinya tidak lepas dari melaku dan membuat dosa Semoga dimaafkan Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

Daripada Bahagian Pembangunan.

Mengucapkan Selamat hari Raya Kepada Semua Warga Kerja PERPUSTAM. Maaf Zahir Batin. Seandainya kami terlebih bahasa terkurang kata harap diampunkan. Jemput lah ke teratak kami pada hari raya agar kita dapat mengeratkan silatuhrahim antara kita semua. Amin…….

Daripada Bahagian Koleksi Peperiksaan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kepada Semua Sahabat Handai, Sudi-sudikanlah Ke Teratak Saya Pada Hari Raya Nanti. Sila Telefon Dulu Sebelum Nak Datang. Salam Syawal Untuk Semua. Daripada : Sahahaar Bin Khamis

Bilik Kerja Memproses Buku
Nak Hantar Ke Desa Naik Lori
Ikhlaskan Dihati Apa Yang Terbuku
Moga Keberkatan Terus Menyinari

Dari Bandar Pulang Ke Desa
Untuk Beraya Dengan Keluarga
Kalau Dulu Bermasam Muka
Bermaafanlah Kita Di Hari Raya

‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Warga Kerja Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi

Daripada Bahagian Majalah & Akhbar

Malam Raya Pasang Pelita
Acuh Mercun Main Bunga Api
Salam Di Hulur Maaf Di Pinta
Selamat Menyambut Aidilfitri

Wira, Iswara, Saga, Pesona
Yamaha, Suzuki, Toyota, Avanza
Bermaaf-maafan Sesama Kita
Ampun Mengampun amalan Mulia

Bahagian Kanak-Kanak

Anak Pak Dollah Makan Lepat
Makan Lepat Sambil Melompat
Nak Hantar Kad Raya Dah Tak Sempat
Pakai Buletin Pun Okey What???

Pergi Ke kedai Membeli Santan
Santan di letak diatas peti
Silap Dan Salah Minta Dimaafkan
Jangan di simpan Di dalam Hati

PERPUSTAKAAN CAWANGAN

Kami Dari Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Kami Warga Kerja Cawangan Merlimau Dan Rakan Setugas Di Rangkaian Merlimau Mengambil Kesempatan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin Kepada Semua Kakitangan PERPUSTAM Dan Juga PNM..Sudi sudikanlah Ke Rumah.

Burung Merbah Burung Merpati,
Terbang Tinggi Di Pohon Meranti,
Kedatangan Kalian Kami Menanti,
Sudi-sudikanlah Ke Teratak Kami

Kami Dari Cawangan Masjid Tanah Dan Kakitangan Rangkaian Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Warga Kerja PERPUSTAM Dan PNM.

Hari Raya Hari Mulia
Sanak Saudara Berkumpul Sama
Salam Dihulur Maaf Dipinta
Tandanya Kita Semua Bersaudara

Daripada Terbitan Bersiri

Bulan Ramadan Bulan Yang Mulia
Menguji Kesabaran Kepada Kita
Sebulan Sudah Kita Berpuasa
Tibalah Masa Berhari Raya

Lain Dahulu Lain Sekarang
Jangan Asyik Hendak Berperang
Bermaaf-maafan Di Aidilfitri

Assalammualaikum WBKTH....

Dikesempatan dan ruang yang diberi ini, saya mewakili AJK BIRO AGAMA ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua ahli KSKP dan semua kakitangan PERPUSTAM.Semoga Ramadhan yang berlalu pergi telah menyucikan hati kita terhadap Pencipta kita dan Syawal yang menjelma diharapkan dapat menyucikan hati kita sesama insan. Justeru itu kami AJK BIRO AGAMA ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang telah kami lakukan sepanjang kami menjadi ahli keluarga PERPUSTAM.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN".

Dalam Kenangan,
Al-Fatihah buat...
En. Abd Malek B. Abdullah
En. Daud B. Rahim

Semoga roh mereka dicucuri rahmat...Amin

Thursday, October 1, 2009

Laporan Aktiviti Biro - Biro KSKP

Biro Ekonomi
Pembukaan Kedai Jualan KSKP, program yang lain akan diadakan selepas hari raya

Biro Sukan
Latihan Badminton berjalan seperti biasa , aktiviti yg lain akan diadakan selepas hari raya mengikut peruntukan

Biro Kebajikan
Mengagihkan Kuih Raya Kepada semua ahli KSKP. Pinjaman peribadi = 7 Org, Pinjaman Perayaan = 20 Org Khairat kematian = 4 Org Sumbangan Perkhawinan = 3 Org Sumbangan Kelahiran Cahaya mata = 3 Org

Biro Agama
Telah mengadakan bacaan yassin/ tahlil arwah dan ceramah Agama di caw. Merlimau pada 14/08/09. Bacaan yasin/ ceramah agama Pungutan derma untuk DMDI berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Tuesday, September 29, 2009

Majlis Perkahwinan Muhamad Hisham bin Jantan Pada 3 Oktober 2009

Assalammualaikum WBKTH..... Sdr Muhamad Hisham Jantan atau Bob yang bertugas di Bahagian Rangkaian Perpustakaan (Bergerak 6) akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 Oktober ini di 196-E, Kampung Lapan, Bachang, Melaka. Justeru itu, semua ahli KSKP dijemput menghadiri majlis perkahwinan beliau seperti di alamat diatas dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. KSKP mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Muhamnad Hisham dengan harapan perkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat......

Kakitangan PERPUSTAM Disaran Pertingkat Ilmu

PENGERUSI Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), YB Datuk AB Wahab Ab Latip meminta supaya semua pegawai dan kakitangan PERPUSTAM dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada orang ramai yang berurusan dengan mereka di perpustakaan.
Menurut Ab Wahab, disamping itu, mereka juga perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka sebagai penjawat awam kerana dengan adanya ilmu, ia secara tidak langsung akan dapat membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.
Katanya, sekiranya pegawai dan kakitangan terbabit tidak mempunyai ilmu yang cukup, sudah pasti mutu perkhidmatan yang terbaik tidak dapat diberikan kepada pengguna dan ini sekaligus akan memberi kesan yang tidak baik kepada imej jabatan.
"Saya berharap supaya semua pegawai dan kakitangan PERPUSTAM akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka kerana ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan budaya prestasi kerja yang tinggi,"katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Perhimpunan Pagi PERPUSTAM kali ke-4 di Dewan Serbaguna PERPUSTAM, dekat sini pada 28 September 2009.
Hadir sama Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Abu Bakar Abdol, Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM dan 150 kakitangan PERPUSTAM.
Pada majlis itu, bekas pemandu PERPUSTAM, Allahyarham Daud Md Rahim telah diiktiraf menjadi Pekerja PERPUSTAM Paling Cemerlang bagi bulan Julai - September 2009.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Ogos 1965 telah bertugas di PERPUSTAM pada 3 Mei 1993 sebagai Pemandu dan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak beliau mula berkhidmat dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2005 daripada Kerajaan Negeri dan meninggal dunia pada 3 Julai 2009.
Menurut Ab Wahab, kakitangan PERPUSTAM juga mesti memiliki semangat kerja dan budaya ketepatan dengan tidak hanya meletakkan sasaran yang tinggi, sebaliknya perlu melaksanakan sasaran itu dengan jayanya.

Monday, September 28, 2009

Jamuan Hari Raya KSKP Meriah....

LEBIH 150 ahli KSKP menghadiri majlis Sambutan Jamuan Hari Raya anjuran bersama KSKP dan jabatan di Dewan Serbaguna PERPUSTAM yang berlangsung pada 28 September 2009. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan YB Datuk Ab Wahab Ab Latip, Pengerusi PERPUSTAM, Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Abu Bakar Abdol serta dua Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM iaitu Tuan Haji Isa Abu, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka dan Puan Hajjah Saedah Ahmad. Pelbagai hidangan juadah disediakan seperti nasi himpit, rendang ayam dan daging disamping kuih hari raya yang dibawa oleh ahli KSKP. Ahli KSKP turut bersalaman sesama ahli sebagai tanda kemafaan di hari raya dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu hari raya daripada ahli KSKP.

SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KSKP

Thursday, September 17, 2009

Ahli Jawatankuasa KSKP mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli KSKP
KSKP dengan kerjasama Jabatan akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya selepas Perhimpunan Pagi Bulanan Jabatan di Dewan Serbaguna PERPUSTAM, Bukit Baru pada 28 September 2009 (Isnin) jam 8.00 pagi. Kehadiran semua ahli di majlis ini adalah diwajibkan. Ahli dikehendaki memakai pakaian Baju Melayu Lengkap Bersampin dan Songkok (Untuk Lelaki) dan Baju Kurung untuk wanita. Anda juga dialu-alukan untuk membawa makanan atau sepiring kuih hari raya bagi memeriahkan majlis tersebut. Harap Maklum.

Thursday, September 10, 2009

Pengedaran Kuih Hari Raya Aidilfitri

KSKP telah mengedarkan kuih hari raya kepada semua ahlinya yang beragama Islam pada 17 Ramadhan yang lalu. Majlis penyerahan kuih hari raya ini adalah sebagai salah satu daripada aktiviti KSKP kepada ahlinya bagi menggantikan sumbangan buah kurma yang biasa diterima ahli pada bulan puasa. Sebanyak 162 bungkusan kuih hari raya telah di edarkan kepada semua ahli yang bertugas di seluruh rangkaian PERPUSTAM.

Makluman Kepada Semua Ahli KSKP

Salam Hormat dan salam Ramadhan... Kepada semua ahli KSKP, mulai hari ini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai segala aktiviti KSKP melalui Blog yang disediakan di sini. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui segala aktiviti yang dijalankan menerusi hebahan yang disediakan di ruangan ini. Anda juga boleh mengemukakan pandangan atau pendapat kepada KSKP menerusi blog yang disediakan di sini. Segala pandangan yang membina daripada anda terutama daripada ahli KSKP amat kami alu-alukan.. Sekian, terima kasih. MUHAMMAD ZAIDEE DAUT Pengerusi Biro Penerbitan dan Publisiti KSKP