Tuesday, September 29, 2009

Majlis Perkahwinan Muhamad Hisham bin Jantan Pada 3 Oktober 2009

Assalammualaikum WBKTH..... Sdr Muhamad Hisham Jantan atau Bob yang bertugas di Bahagian Rangkaian Perpustakaan (Bergerak 6) akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 Oktober ini di 196-E, Kampung Lapan, Bachang, Melaka. Justeru itu, semua ahli KSKP dijemput menghadiri majlis perkahwinan beliau seperti di alamat diatas dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. KSKP mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Muhamnad Hisham dengan harapan perkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat......

Kakitangan PERPUSTAM Disaran Pertingkat Ilmu

PENGERUSI Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), YB Datuk AB Wahab Ab Latip meminta supaya semua pegawai dan kakitangan PERPUSTAM dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada orang ramai yang berurusan dengan mereka di perpustakaan.
Menurut Ab Wahab, disamping itu, mereka juga perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka sebagai penjawat awam kerana dengan adanya ilmu, ia secara tidak langsung akan dapat membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.
Katanya, sekiranya pegawai dan kakitangan terbabit tidak mempunyai ilmu yang cukup, sudah pasti mutu perkhidmatan yang terbaik tidak dapat diberikan kepada pengguna dan ini sekaligus akan memberi kesan yang tidak baik kepada imej jabatan.
"Saya berharap supaya semua pegawai dan kakitangan PERPUSTAM akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka kerana ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan budaya prestasi kerja yang tinggi,"katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Perhimpunan Pagi PERPUSTAM kali ke-4 di Dewan Serbaguna PERPUSTAM, dekat sini pada 28 September 2009.
Hadir sama Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Abu Bakar Abdol, Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM dan 150 kakitangan PERPUSTAM.
Pada majlis itu, bekas pemandu PERPUSTAM, Allahyarham Daud Md Rahim telah diiktiraf menjadi Pekerja PERPUSTAM Paling Cemerlang bagi bulan Julai - September 2009.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Ogos 1965 telah bertugas di PERPUSTAM pada 3 Mei 1993 sebagai Pemandu dan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak beliau mula berkhidmat dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2005 daripada Kerajaan Negeri dan meninggal dunia pada 3 Julai 2009.
Menurut Ab Wahab, kakitangan PERPUSTAM juga mesti memiliki semangat kerja dan budaya ketepatan dengan tidak hanya meletakkan sasaran yang tinggi, sebaliknya perlu melaksanakan sasaran itu dengan jayanya.

Monday, September 28, 2009

Jamuan Hari Raya KSKP Meriah....

LEBIH 150 ahli KSKP menghadiri majlis Sambutan Jamuan Hari Raya anjuran bersama KSKP dan jabatan di Dewan Serbaguna PERPUSTAM yang berlangsung pada 28 September 2009. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan YB Datuk Ab Wahab Ab Latip, Pengerusi PERPUSTAM, Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Abu Bakar Abdol serta dua Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM iaitu Tuan Haji Isa Abu, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka dan Puan Hajjah Saedah Ahmad. Pelbagai hidangan juadah disediakan seperti nasi himpit, rendang ayam dan daging disamping kuih hari raya yang dibawa oleh ahli KSKP. Ahli KSKP turut bersalaman sesama ahli sebagai tanda kemafaan di hari raya dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu hari raya daripada ahli KSKP.

SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KSKP

Thursday, September 17, 2009

Ahli Jawatankuasa KSKP mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli KSKP
KSKP dengan kerjasama Jabatan akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya selepas Perhimpunan Pagi Bulanan Jabatan di Dewan Serbaguna PERPUSTAM, Bukit Baru pada 28 September 2009 (Isnin) jam 8.00 pagi. Kehadiran semua ahli di majlis ini adalah diwajibkan. Ahli dikehendaki memakai pakaian Baju Melayu Lengkap Bersampin dan Songkok (Untuk Lelaki) dan Baju Kurung untuk wanita. Anda juga dialu-alukan untuk membawa makanan atau sepiring kuih hari raya bagi memeriahkan majlis tersebut. Harap Maklum.

Thursday, September 10, 2009

Pengedaran Kuih Hari Raya Aidilfitri

KSKP telah mengedarkan kuih hari raya kepada semua ahlinya yang beragama Islam pada 17 Ramadhan yang lalu. Majlis penyerahan kuih hari raya ini adalah sebagai salah satu daripada aktiviti KSKP kepada ahlinya bagi menggantikan sumbangan buah kurma yang biasa diterima ahli pada bulan puasa. Sebanyak 162 bungkusan kuih hari raya telah di edarkan kepada semua ahli yang bertugas di seluruh rangkaian PERPUSTAM.

Makluman Kepada Semua Ahli KSKP

Salam Hormat dan salam Ramadhan... Kepada semua ahli KSKP, mulai hari ini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai segala aktiviti KSKP melalui Blog yang disediakan di sini. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui segala aktiviti yang dijalankan menerusi hebahan yang disediakan di ruangan ini. Anda juga boleh mengemukakan pandangan atau pendapat kepada KSKP menerusi blog yang disediakan di sini. Segala pandangan yang membina daripada anda terutama daripada ahli KSKP amat kami alu-alukan.. Sekian, terima kasih. MUHAMMAD ZAIDEE DAUT Pengerusi Biro Penerbitan dan Publisiti KSKP